si perantau

Duduk disudut katil berteman pen dan buku nota kecil,
conteng-conteng, tulis-tulis tentang langit, bumi dan sebahagian isi didalamnya,
menulis tentang hati yang sayu sepi,
mengenang diri, perantau ditanah orang,
sesekali termenung,terbayang,
apa yang ada di kampung halaman,
keselaluan, kebiasaan,
gelak gurau tawa senda,
pedih pilu duka durja,
rajuk tangis marah cela,
tambah2 ramadhan mubarak,
dengan belum pernah ada kesempatan untuk berlapar dahaga bersama,
apa sahurnya
apa bukanya
jemaah terawikh bersama seperti selalunya,
rindu cuma dibayar suara,
merdunya yang bukan selalu boleh didengar,
selang-seli sumbang nada suara tersekat sendu yang jelas terang tapi cuba disembunyi,
sesekali mengesat tumpahan liquid asin di pipi,
dan semakin rancak pula hati berkijang tak sabar menunggu hari mulia,

kerana ingin lekas pulang bersama yang tercinta.....








rindu bebel mak yang selalu suruh bentang tikar,kacau air,hidang nasi...
rindu nak rasa suap mak....

4 comments:

  1. sedih duh baca. nasib aku belajar dekat je. hmmm~
    sabar ye :)

    ReplyDelete
  2. aaaaaaaaa
    lamanya tak baca blog kau!
    rindu rindu!
    oh, post kali ni terbaik. :)

    ReplyDelete