benih suci

sejuk,
jerit,
sakit,
perit,

gelap,
gelita,
sunyi,
sepi,
tuli,

dibungkus,
dililit
dicampak,
ditanam,

menjerit sendiri,
ditinggal pergi,
tak diambil peduli,
perlahan-lahan direnggut maut ditelan mati....







jangan cabar hukum Allah S.W.T

si perantau

Duduk disudut katil berteman pen dan buku nota kecil,
conteng-conteng, tulis-tulis tentang langit, bumi dan sebahagian isi didalamnya,
menulis tentang hati yang sayu sepi,
mengenang diri, perantau ditanah orang,
sesekali termenung,terbayang,
apa yang ada di kampung halaman,
keselaluan, kebiasaan,
gelak gurau tawa senda,
pedih pilu duka durja,
rajuk tangis marah cela,
tambah2 ramadhan mubarak,
dengan belum pernah ada kesempatan untuk berlapar dahaga bersama,
apa sahurnya
apa bukanya
jemaah terawikh bersama seperti selalunya,
rindu cuma dibayar suara,
merdunya yang bukan selalu boleh didengar,
selang-seli sumbang nada suara tersekat sendu yang jelas terang tapi cuba disembunyi,
sesekali mengesat tumpahan liquid asin di pipi,
dan semakin rancak pula hati berkijang tak sabar menunggu hari mulia,

kerana ingin lekas pulang bersama yang tercinta.....








rindu bebel mak yang selalu suruh bentang tikar,kacau air,hidang nasi...
rindu nak rasa suap mak....

Menyesal?

Asap rokok berapungan perlahan hilang
dengan cebis-cebis likat pekat putih diatas selerakan cadar katil hotel murah
sepasang manusia lesu letih
lelaki dikiri dan perempuan di kanan
si perempuan menatap si lelaki dengan cinta dan sayang
si lelaki mendongak memandang siling fikiran melayang

hilang cinta
selepas pancut muka
selepas melepas juara
selepas seteguk air
selepas sehembus rokok

si lelaki berlalu meninggal janji
janji yang mustahil ditepati

si perempuan termakan puji
menyesal jauh panggang dari api
kononnya cinta dalam hati

lelaki terus pergi
dicari hilang di cari hilang
mengelak diri

si perempuan
bila sedar janji palsu
lutu lesu bibir kaku
sendu tak berlagu termangu
kecewa duka hina
malu pilu
murah marah
sedih pedih

menggumam seribu sesalan

senang benar di noda
umpan janji lelaki durjana

menyesal?


tak guna...





tak berape nak baik kot yang ini..cume nak sampai kan je..*

seram

Rupanya sedang menikam mataku, telinga dan jantungku,
sampaikan aku tidak tahu jantung ini berdegup atau tidak,
rancak terbina rakus otot ketakutan..

Bunyinya sedang menikam telingaku,
sampaikan aku tahu samada suara ini membingit atau tidak,
rancak berirama getar lututku...

terpaksa pegun kaku tak mampu berbisik pun...
sedang ia makin hampir..makin hampir..makin hampir.....

mulut terkatup kunci....peluh berjurai tumpah tak sempat diseka...


GELAP!!!!!....



*lamo den tak sentuh blog yang ni...