sunyi tertinggal

laju masa memecut,
aku yang rancak berlari terpegun terhenti, tanpa sebab,
tiba-tiba hilang arah,
tiba-tiba kabur,
tiba-tiba sunyi,

aku buntu,
hendak melangkah,
tiba-tiba ragu,
tiba-tiba risau,
tiba-tiba bimbang,
tiba-tiba sunyi,

aku tak mahu tertinggal,
tertinggal dek masa,
tapi masa terlalu pantas untuk dikejar
dan aku tak terkejar....

aku tertinggal dan sunyi....





p/s: spontan...