pagi

otak dah pening
mata belum mengantuk tapi belum mahu tidur
akal dah kering
fikiran berkecamuk tapi hati mahu berlibur

terbaring tak bermaya
seolah tak bernyawa
terlentang tak berdaya
malas sedang berkuasa

tenung siling toleh kedinding
senyap sunyi telinga berdesing
jam loceng sudah berdering
matahri dah timbul badan masih sendeng...

serabut

mata separa jegil,
cakap tersanglut-sangkut,
mulut masih degil,
hati masih nak melutut,
jangkauan dikira masih takkan mampu,
atau hati bersungguh-sungguh tapi jasad pula tak mahu,
entah apa yang benar entah apa yang palsu
entah apa yang betul, entah apa yang tipu...

tak tahu

serabut kusut terpaut diragut maut....

serabut...

kosong

sekarang tiada apa yang mampu dipandang mata,
sekarang tiada apa yang mampu didengar telinga,
sekarang tiada apa yang mampu memberi rasa,

di larik hati berdarah,
bercorak tapi parah,
lalu tiada apa untuk diperah melainkan darah..





*merepek

cahaya bintang

bintang itu sangat jauh,
cubaan sekali lagi untuk menggapai bakal menjadi sia-sia,
tambah mustahi untuk ia jatuh,
sekadar merasa cahayanya saja,
jadi tak perlu lagi mencuba,
kerana akan hilang rasa,
berpindah pada tanah nyata,
walaupun kadang-kadang terdongak,
ke langit hitam mencongak,
dan terlihat satu saja cahaya bintang yang berkelip,
dan mampunya empunya mata cuma berkedip....
saya cuma satu butir pasir kecil,
sangat terpencil,
cahaya bintang itu tinggi,
si pasir patut sedar diri......


kau langsi pasir
kau langsi.....




*catatan yang sama pada ruang yang lagi satu ini...

utuh

diterajang sepak,
dihempas pulas,
dihempap gepeng,

lalu
cedera,
bengkak,
luka,
lunyai...

dibiar terlantar

di biar terik panas,
di biar sejuk hujan,

dibiar,
dibiar,
dibiar,

dan terus ia terlantar disitu ,
setia utuh bersama rasa yang takkan melusuh....


pengemis

rumah tidak ada
kereta tidak ada
motor tidak ada
duit tidak ada
laptop tidak ada
baju mahal tidak ada
seluar kilat tidak ada
perhiasan bagai tidak ada

jadi zaman ini bagaimana harus mendapatkan cinta?