haruskah?

Telah dilukanya aku,
Telah dimalukannya aku,
Telah dicaci nya aku,
Telah diherdiknya aku,
Telah dimakinya aku,


dicincang, diracik halus...
maka sepatutnya sudah mati bukan?

tapi disimpan lagi sedikit rasa belas
dan ditabahkan supaya jangan terus terkulai layu menghilang nyawa
lalu maaf itu mudah bagi aku

tetapi...
belas semacam tak berguna,

kerana semakin lembut memberi peluang,
semakin lemak membentak,
ego dan lagaknya semakin galak,

lalu haruskah diberi peluang?

haruskah?

kau

jatuh bangun aku cuma kau yang ambil kira….

sakit sembuh aku cuma kau yang ambil tahu…

tenat tenang aku cuma kau yang ambil peduli…

rindu aku cuma pada kau…

kau kau dan kau….

aku sekarang berharap yang aku sekarang ada di sisi kau….

aku sekarang berharap yang aku boleh tatap wajah kau…

aku sekarang berharap yang aku boleh berbaring di pangku kau….

bercerita tentang jatuh bangun aku pada kau…

bercerita tentang sakit sembuh aku pada kau…

bercerita tentang tenat tenang aku pada kau…

bercerita tentang betapa rindu aku pada kau

ye…

kau kau dan kau….

sekurang-kurangnya..

kau merungut,
tinggal dirumah teres 2 bilik...
tapi kau patut tahu,
ada diluar sana tinggal dipondok,
yang bumbungnya bocor,
dindingnya berlubang-lubang...
kau patut tahu ada mereka diluar sana yang tidur beralaskan kotak,
hujan sejuk panas terik...
sekurang-kurangnya kau ada tempat tinggal

kau merungut bila makan nasi dengan lauk yang hampir sama hari2,
kau patut tahu,
ada diluar sana yang nak makan nasi pon tak dapat,
yang korek2 tong sampah,
yang kutip2 makanan di tepi2 jalan...
sekurang-kurangnya kau ada makanan untuk dimakan...

kau merungut kasut sekolah kau cuma jenama warrior,
kau patut tahu,
kat luar sana ada mereka yang menapak kesekolah berkaki ayam,
rabak,koyak kotor usang kasutnya.....
sekurang-kurangnya kau ada kasut untuk disarung di kaki...

kau merungut baju sekolah sudah agak kecil sempit berjenama murah
tak canggih..tapi masih boleh dipakai,
kau patut tahu,
ada diluar sana sempit mana pun baju itu yang dipakai asalkan boleh kesekolah menuntut ilmu,
koyak,di jahit,koyak dijahit..
kau merungut pakai baju yang hampir sama setiap kali keluar bersama kawan2,
kau patut tahu,
ada mereka diluar sana,
baju yang dipakai itulah baju basahan,itu lah baju tidur,itu lah baju jalan itu lah baju kerja...
sekurang-kurangnya kau ada baju untk dipakai,
berjalan-jalan,ke sekolah...

kau merungut bila cuma ada motor kapcai 4 gear...
kau patut tahu,
ada diluar sana mereka cume ada kaki kudrat menapak ke sana ke mari...
sekurang-kurangnya kau ada kenderaan untuk ditunggang...

sekurang-kurangnya kau ada apa yang kau perlu..
jangan merungut jika bila kau tak dapat apa yang kau hajatkan,hendakkan...

bersyukur..
alhamdulillah...
kerna kau masih ada semua...
hidup masih bernafas di bumi tuhan....




taktau sajak ke ape..juz conteng2 coret2...
nak sampaikan mesej...