haruskah?

Telah dilukanya aku,
Telah dimalukannya aku,
Telah dicaci nya aku,
Telah diherdiknya aku,
Telah dimakinya aku,


dicincang, diracik halus...
maka sepatutnya sudah mati bukan?

tapi disimpan lagi sedikit rasa belas
dan ditabahkan supaya jangan terus terkulai layu menghilang nyawa
lalu maaf itu mudah bagi aku

tetapi...
belas semacam tak berguna,

kerana semakin lembut memberi peluang,
semakin lemak membentak,
ego dan lagaknya semakin galak,

lalu haruskah diberi peluang?

haruskah?

No comments:

Post a Comment