kau...aku

panas itu kau redah..
panas tu aku redah...

hujan buat kau basah...
hujan buat aku basah...

rumput itu kau pijak..
rumput itu aku pijak...

jalan itu kau lalu..
jalan itu aku lalu..

kau penat melukis..
aku penat melukis

kau makan maki...
aku makan maki...

semua pernah kita lalu..

sama-sama..

jadi tangis kau...
juge tangis aku...

jadi tawa kau..
juga tawa aku...

kau aku tak lupa...
aku kau jangan lupa...

kita sama-sama...

Hitam Putih

Baru sebentar merasa mesra,
Baru sebentar bergurau senda,
Sekali terlepas pandang,
Telah pergi disambar hilang...

Hiba mengalur duka,
Gambar pengubat jiwa,
Cinta tak lupa,
Rindu selamanya...

Hitam putih kenangan,
telah pergi,
Berkejar senda berlari,
Telah pergi,
Selamanya...

semalam...hari ini...esok...

semalam...
aku kosong....

hari ini...
berseri berwarna-warni

esok...
tuhan saja yang tahu

jika..tapi ..masih...

jika perlu untuk aku diam membisu..
aku akan membisu..
buat masa ini aku ingin petah...

jika perlu untuk aku membatu diri..
aku akan membatu diri...
tapi buat masa ini aku ingin bangkit berlari..

jika perlu untuk aku membenci...
aku akan membenci...
tapi buat masa ini aku tak mahu menyisih..

kerana..
aku masih ingin petah..
aku masih ingin berlari..
aku masih ingin menyinta..

percaya

lupakan saja jika aku kau ragukan...
ragu pada kau aku tak pernah luahkan...

aku simpan kerna aku tau kau punya hati..
yang perlu aku jaga.....

jangan buat aku merah..
percaya aku..percaya....

rindu

ku cuba berjalan gagah..
tapi lemah...
ku cuba tawa
tapi pahit yang keluar...

aku rindu tawa kau..
aku rindu senyum kau..

pulang lah...
aku cedera.....

laung saje

laung saja..
semua selesai....


mana mungkin..

masih kecut meluah ludah...

terbang

aku
melayang terbang terawang,
mengejar pelangi petang,

aku
terjatuh terjunam ke padang,
bila matahari meyerang,
dengan sinarnya yang terang....

kenapa

kenapa harus ini?
kenapa harus sekarang?
hati aku pincang,
tercampak kelangit seberang,
diusik seseorang,
seseorang yang dipegang,
aku terbuntang,
sepi sebu berbilang...

pelangi...
kau milik matahari petang,
atau si gerimis malang?

sayang aku sayang...
kau milik orang...

??

jangan tinggalkan aku soalan,
kerana aku tak tahu akan jawapan...
jangan kalutkan aku dengan kesalahan,
kerana aku tak tahu apa yang kau inginkan....

jauhi aku,
hindari aku,
jika aku tak sempurna dimatamu..

tolak ketepi jenakaku,
jika tak boleh kau telan,
tolak nasihatku...

aku masih terpasak disini....
jika semmntara,
sementaralah aku...
jika mahu aku kekal...

mana mungkin..

tapi

dah tidur tapi mengantuk,
dah makan tapi lapar,
dah minum tapi haus,
dah mandi tapi lekit,

dah...tapi masih.....


cinta!!!
kau diam!!!!
Belum masa untuk kau berbicara dengan aku!!!

setitis

setitis warna telah menyerap masuk hidup kini...
menyisih seperatus melankoli,
sekian lama awan kelabu,
menutup ruang langit ku,
kini sedikit cahaya tembusi manik gerimis
membentuk sayup warna pelangi,
matahari, teruslah menyinar,
awan..gugurkan gerimis,
biar pelangi ku tak hilang

melayuku

sibuk dengan hibur,
alpa akan pahala,
hilang sudah luhur,
dosa mekar di jana,

mana melayuku dulu,
mana santunmu,
melayu ku kian layu,
warna adat kian lusuh,

melayuku kian layu,
melayu oh bangsaku.....

cuba

aku,
cuba bangun biar luka,
cuba senyum biar duka,
cuba tertawa biar sengsara,
cuba hibur biar hiba....

aku,
cuba cantumkan hati,
yang diracik halus mati,
aku,
cuba hiaskan sepi,
berdiri memandang langir hitam
menunggu matahari.......

mata hari

matahari....
pancarkan sinar pada layu semangatku,
lupakan aku tentang hati yang diracik,
hujan basahi aku,
lunturi bebanku,

peduli apa

cercalah, makilah,
kutuklah,ejeklah,
katalah,ketawalah,

apa buruk benarkah aku?
apa buruk benarkah dia?

aku tak kacau kau,
aku tak cerca kau,
aku tak mengata kau,
aku tak kutuk kau,
aku tak ejek kau,

Tutup mata kalau jelek memandang,
pekup telinga jijik mendengar,

pergi kau dengan dunia kau...

ini aku duniaku dan dia...
ini dunia kami berdua....

peduli apa?!

oh ya...aku lupa...yang kau itu sempurna...

salahkah aku
untuk jatuh hati?
salahkah aku
untuk bercinta?

aku tahu aku tak sempurna,
macam kau...
kau sempurna bukan?

tapi perlukah untuk mengejek?
perlukah untuk mengekek?

sukanya kau...
bilanya bahankan orang....

sukanya kau bila gelakkan orang....
ya aku tahu...
kau sempurna bukan?

aku tak pernah usik kau...
aku tak pernah kacau kau...

kenapa perlu kau rosakkan dunia aku...
kenapa perlu kau sibukkan diri dalam dunia aku
kenapa perlu kau yang memerintah dunia aku

oh ya aku lupa....
kau tu sempurna bukan?

Apakah ini...

Apakah ini?
sukar untuk berhenti memandang,
lari pasti kurang senang,
selalu tertarik,
dan selalunye tercarik,
Apakah ini?
Zahir tenang,
dihati sendiri mengarang,
patutkah?atau tak?
biar atau luah?
ikut hati mati,
ikut rasa binasa,
mati lebih baik?
atau sebaliknya?

biarkan aku dengan aku

Biarkan aku dengan aku,
melangkah sepi di duniaku sendiri,
Bicara dengan bayang2 aku,
dengan hati aku...

Tenang aku sendiri,
katakan apa saja,
aku tak pernah kisah,
diduniaku aku takkan kalah...

Aku tak susah jika kau lemparkan keji,
budi kau tak pernah aku rayu,
aku sudah bahagia begini,

dan jika aku minta?
ada pernah kau beri?
jika aku minta?
ada pernah kau hadir?

tak pernah bukan?

mengapa mahu kisah?

Biarkan aku dengan aku..

kau

Deringan kedengaran,
berjalan ku dengan dengusan,
terdengar suara kerisauan,
sampainya berita yang mengejutkan,

titis airmata ku tak percaya,
begitu pantasnya mainan masa,
sampai sudah masa atas kehendaknya,
dan kau kini sudah lagi tiada,

bungkam terduduk,tangis teresak,
menujah kenangan menyerangi benak
bagai terlepas genggaman sempurna,
yang memimpinku tempuh jalan beronak,

pantas detik mencantas waktu,
kau kini sisipan memori ku,
tak akan terpadam,
selamanya ku genggam,

pahit hidup dengan kenyataan,
kusut mana pu harus ku teruskan,
apa yang kau ajar akan ku simpan,
kau cahaya yang mengisi kenangan........

aku

Bungkam sepi,
berderam berbunyi,
bermonolog dalam hati,

kertas pena,
teman yang setia,
kucurahkan suka dan duka,

cermin diri sendiri,
layakkah tempat ku berdiri,
tertanya pada hati,
mereka suka atau benci,

lari-lari tanpa arah tuju
menjerit oh hangatnya salju,
sendiri hati berdekah,
hasrat yang dipendam tak terluah...

hati

Nah,
ambil ini,
pecahkan ia,
kau suka bukan?

Nah,
ambil ini,
koyakkan ia,
kau suka bukan?

Nah,
ambil ini,
lukakan ia,
kau suka bukan?

kau suka bukan?
bila ia pecah?
kau suka bukan?
kau suka bukan?
bila ia derita?