??

jangan tinggalkan aku soalan,
kerana aku tak tahu akan jawapan...
jangan kalutkan aku dengan kesalahan,
kerana aku tak tahu apa yang kau inginkan....

jauhi aku,
hindari aku,
jika aku tak sempurna dimatamu..

tolak ketepi jenakaku,
jika tak boleh kau telan,
tolak nasihatku...

aku masih terpasak disini....
jika semmntara,
sementaralah aku...
jika mahu aku kekal...

mana mungkin..

tapi

dah tidur tapi mengantuk,
dah makan tapi lapar,
dah minum tapi haus,
dah mandi tapi lekit,

dah...tapi masih.....


cinta!!!
kau diam!!!!
Belum masa untuk kau berbicara dengan aku!!!

setitis

setitis warna telah menyerap masuk hidup kini...
menyisih seperatus melankoli,
sekian lama awan kelabu,
menutup ruang langit ku,
kini sedikit cahaya tembusi manik gerimis
membentuk sayup warna pelangi,
matahari, teruslah menyinar,
awan..gugurkan gerimis,
biar pelangi ku tak hilang

melayuku

sibuk dengan hibur,
alpa akan pahala,
hilang sudah luhur,
dosa mekar di jana,

mana melayuku dulu,
mana santunmu,
melayu ku kian layu,
warna adat kian lusuh,

melayuku kian layu,
melayu oh bangsaku.....

cuba

aku,
cuba bangun biar luka,
cuba senyum biar duka,
cuba tertawa biar sengsara,
cuba hibur biar hiba....

aku,
cuba cantumkan hati,
yang diracik halus mati,
aku,
cuba hiaskan sepi,
berdiri memandang langir hitam
menunggu matahari.......